Lihat Komen

hati ku... ..


bismillah...
salam alayk...

sy baru smpai kedah pkul 1pg td. Alhamdulillah..selamat sampai. byk betul kereta smlm..trafik sesak jgak. btolak agak lewat dr klang..cadangny awal..tp, kesihatan xmengizinkan...terpaksa tangguh kan dulu pjalanan.. sepatutny sy ada di kajang utk program...maaf ya. hari ni, ada majlis di rumah sy.. hm.. sy kongsi nnt.

wsalam.

Lihat Komen

ujian di tangguhkn....

rumah2 batu 'terbakar' di suatu petang..


BISMILLAH..

ALHAMDULILLAH... (^_^)

sy dah habis exam..
hm..penatla. eh? jgn penat! apa ya post kali ni?? ha..2-3hari kebelakangan ni, sy selalu hampir2 accident.. na'uzubillah... Moga selamat segalanya... esok pagi, sy btolak pulang ke jelapang padi... cuti, smpai 12Januari2010.. nk post gmbar2 je la ya..


hero ku selamat berkhatan.. 5 December 2009


3A... Amin, 'Aisyah Auni, Amal Hanisah..


...bird park..


bird lapar ya??

Lihat Komen

ALFU MABRUK!

bismillah...

salam alayk...

sy kt cc ni...alhamdulillah..selesai 1paper.. hm...1lg..takutny.. hari ni jgak, 2org sepupu sy mendirikan rumah tangga.. TAHNIAH athirah+firdaus n naufal+afzan.. Alhamdulillah..

td, pegi melawat hajjah nodie..opS! maaf..hajjah nadia rahmat. (^_^)
Alhamdulillah...selamat smpai Malaysia...seronok sgt dgr cerita2 nodie..
insya ALLAH...sy akan smpai jgak.

tlupa pulak nk gtau... anak buah sy, dh bkhatan... Alhamdulillah...xsgka dia begitu bsmgat. nnt, klu sempat sy masukkn video amin.. parents ny pilih untuk berkhatan beramai2.. so, dia yg paling kecik di dlm kelompok tu... (^_^)
TAHNIAH AMIN!!
i'm very proud of u.


sedikit untuk diri ini...dan sahabat2..

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

Lihat Komen

KEM LEPASAN SPM 2009

bismillah...

Salam sejahtera semua..


satu hebahan penting kepada semua..


ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?


ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?


ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?


ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?


ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga, blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?


Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS, ANDALAH YANG KAMI CARI!-


Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi, dunia akhirat InsyaALLAH!


Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :


Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?

DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?


TEMUI KAMI SECARA LIVE....


MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI.. .


DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..


INILAH....


Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...


didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5


JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!


____________ _________ _________ _________ _________ _________

"Kem Lepasan SPM 2009"(KLSPM)

Dengan izinNya,satu- satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu, dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

klik gambar utk paparan jelas


akan menggegarkan ANDA pada :

25 - 27 DISEMBER 2009

bertempat di :

Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :


RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal, transport dr pick point, bahan2 kursus, makan minum, Sijil penyertaan)



Anjuran :


PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)


penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.


**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok


DAFTARLAH SEKARANG!!!


HUBUNGI wakil KAMI :


EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698

Lihat Komen

musim walimah

bismillah...

ptg td, sy baru balik dr walimah 2org shbt sy...nurul n naza...benda yg best skrg ni, jumpa kwn2.. yeah! bukan sebb nasi, bukan sebb door gift..its all about frens..an old frens..really missed u. seronok sgt..ya ALLAH...zmn itu..mujurla pasangan ni kawen 1sekolah...lg kecoh kenduri dibuatnya...ngeh3. xramai yg dtg..tp, ini pn dh rsa BEST! (^_^)





ini...jejaka2 yg hadir.. mudah2an...bkekalan hingga ke syurga... bak tajuk buku ust hasrizal.. 'bercinta smpai syurga'

amin...

Lihat Komen

Maafkan diri ini...

bismillah... salam alayk..

sudah lama tersangat2la sy xupdate... banyak benda yang menyerabutkan.. maafla..

banyak benda yang tejadi.
.sy listkn jela ya..
1-check up haritu, alhamdulillah...segalanya ok.
2-pakcik man masuk hospital. (segalanya selamat..insya ALLAH)
3-sy dh tukar status (maafla sahabat2 yg agak kecewa dgn sy sebb xbgtau..parents yg berbincang.. segalanya insya ALLAH di buat nanti.. doakan mudahny jodoh kami, bkekalan smpai syurga..)
4-nodie, ariffudin, teacher linie berangkat ke tanah suci...(seronokny! izinkanlah sy juga dpt jejakkn kaki di tanah suciMU, ya rabbul 'izzah.. ya ALLAH, mudahkanlah mereka..mudah2an tercapai hajat mereka..)

==setakat tu ja rasanya..


sekarang ni, dh dekat2 dgn final..huu
2paper untuk sem ni..

F4- Law>>>8 December 2009
F5-Performance Management>>>>14December2009


ya ALLAH, mudahkanlah sahabat2 dan saya...

sy ada jumpa sesuatu yg menarik untuk dikongsikan... (^_^)

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :
ALLAH telah berfirman :

" Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya :

Ya Tuhanku!
Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?

Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang

bertakwa hatinya,
suci kedua-dua belah tangannya,
tidak menyusahkan orang lain dan
tidak membuat fitnah ke sana ke mari,


gunung-ganang akan berubah namun
dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta
menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.

Berfirman Tuhan:

Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu,
segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALLAH akan menetapkan kedua-dua tapak
kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."

( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )

Huraiannya:
Orang yang dikasihi ALLAH SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran.

insya ALLAH..amin..

Lihat Komen

maaf

bismillah...

lama sungguh sy xupdate kn.. byk benda yg berlaku..oh ya, sblm terlambat...sy nk ucapkn selamat hari raya kepada semua.. maaf atas segala kesalahan saya.. :)

Lihat Komen

UNIVERSITI RAMADHAN

bismillah..

hari ni dah 29syaaban.. sehari lagi nk puasa.. dh ready ke nk masuk universiti ramadhan?? sy? anda? dia??

sedikit mengenai puasa...

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

selamat menyambut ramadhan..
ramadhan kareem.

ya ALLAH.. jadikanlah ramadhan kali ni, lebih2 baik dr ramdhan yg lepas.... amin

Lihat Komen

zina hati

bismillah..

buat peringatan utk diri ini yg lalai sgt...
dan utk adik tersayang.. ini yg termampu akak bg utk adik.. (^_^)

Just fowarding from email

Soalan

tp, secara jujur saye katekan, sepanjang kami berkenalan, kami hanya
berjumpa beberapa kali bersama2 teman perempuan saye. kalau diikutkan
perangai saye yg sebenar, saye bukanlah jenis yg pemalu sgt tp apabila
sayeberjumpa dgn dia, saye memang 100% malu. saye akan kurang bercakap dan
cube mengelak dr pandang wajah dia. same juga dgn dia. kami tidak
berjalan/duduk terlalu rapat. so, boleh dikatakan secara fizikalnya, kami menjaga diri
masing2 dr melakukan maksiat.

cume yg mengelirukan saya dan buat saye resah, saye takut diri saye terjebak dgn “zina hati” bile saye teringat psl dia. biasanya, saya akan membayangkan saat2 kami berjumpa, kata2 dia dan kadang2 saye mcm berangan2 berumah tangga dgn dia. saye cube elakkan dr bayangan sexual semata2 sebab saye tahu itu memang jelas haram. tp, yg selalu terbayang dlm fikiran
saye, kehidupan kami as suami isteri contohnya, saye masak utk dia, bermesra dgn anak2. itu memang selalu saye fikirkan. so, adakah itu salah satu dr “zina hati”?

memang terlintas di hati saye utk berkahwin tp usia kami terlalu muda dan kami masih belajar. kami tidak pernah berbincang psl perkahwinan. apa yg dia selalu bgtau saye, dia suruh saye bersabar and tunggu beberapa tahun lg utk kami habiskan pengajian. setakat ini, saye masih lg boleh kawal nafsu sexual saye tp yg saye tak bole kawal adalah perasaan rindu sebab kami
berjauhan. perasaan tu la yg buat saye lalai sedikit sebyk. saye cube tenangkan fikiran saye dgn solat sunat, baca Quran tp tu tak kekal lame.

saye harap, saudara bole tolong beritahu saye, the best way yg saye bole buat supaya saye tidak terjebak dgn “zina hati” selain drpd berkahwin..

thank you!

Jawapan

Assalamu `alaikum Wr. Wb.

Al-Hamdulillahi Rabbil `Alamin, Washshalatu Wassalamu `Alaa Sayyidil
Mursalin, Wa `Alaa `Aalihi Waashabihi Ajma`in, Wa Ba`d

Segala puji saya panjatkan kepada Allah di atas kesempatan yang diberikan untuk menjawab pertanyaan yang telah saudari kemukakan. Saya mengirakan saudari tidak berapa jelas akan jawaban yang telah saya berikan tempoh hari. Saya bermohon kepada Allah swt agar sentiasa menjaga niat kita semata mata mencari kebenaran dan tidaklah mencari alasan dalam kebenaran utk memuaskan hawa nafsu kita.

Semoga Allah menempatkan kita ke dalam golongan golongan yang dikehendakinya; yang beroleh kebaikan sebagaimana yang di sabdakan oleh Rasulullah saw:

“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan diperlihatkan kesalahan kesalahannya”
(Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)

Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa menyerukan kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti kemungkaran dengan kebajikan untuk mengaburi mata sekelian manusia kecuali hamba hamba Allah yang ikhlas.

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. (Al Hijr 15:39-40)

Saya memohon kepada saudari untuk menekuni, mencermati dan menyabari atas tulisan saya ini. Saya akan menerangkan dari satu hal kepada hal yang lain yang saling berkaitan untuk memberi kefahaman yang utuh kepada saudari.

Kewajiban pada saya untuk menukilkan segala apa yang saya tahu buat saudari dengan disertakan segala hujah hujah yang jelas dan nyata agar terungkai segala permasalahan.

“Katakanlah :Inilah jalanku, mengajak manusia kejalan Allah di atas hujah-hujah yang nyata, aku dan orang orang yang mengikutiku, dan aku tidaklah termasuk orang orang yang musyrik”
(Yusuf 12:108)

Di sini saya berpegang kepada pendapat Prof Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan ;

“Saya merasa tidak sependapat dengan teori sebahagian ulama’ masa dahulu dan sekarang dalam memberikan jawapan kepada pertanyaan orang yang sedang menghadapi kemusykilan, di mana mereka hanya menjawabnya dengan kalimah-kalimah seperti perkara ini boleh dan perkara itu tak boleh atau perkara ini halal dan perkara itu haram. Menurut hemat dan pandangan saya, bahawa seorang mufti adalah juga seorang guru, pembimbing, pemimpin, doktor dan juga penyuluh masyarakat. Oleh sebab itu dia mesti berusaha untuk memberikan penjelasan dan pengertian yang secukupnya bagi jawapan-jawapan yang disajikan kepada orang yang bertanya. Dengan cara demikian, orang yang belum tahu dapat mengerti dan orang orang yang tidak dapat tahu dapat belajar dan orang yang lupa dapat diingatkan.”

Saudari telah bertanya berkaitan dengan keadaan saudari yang khuatir terjebak dengan apa yang dikatakan sebagai “zina hati” akibat dari perhubungan saudari dengan seorang lelaki. Saya difahamkan bahawa saudari masih lagi menjaga batas2 pergaulan sebagai contoh, berjalan/duduk tidak terlalu rapat, mencuba sedaya upaya dari memandang wajah masing-masing dan keluar ditemani oleh teman teman perempuan yang lain.

Sebelum kita melangkau lebih jauh lagi, mari kita lihat hadith Rasuslullah saw yang berkaitan dengan zina hati.

“Telah ditetapkan atas manusia bagiannya dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara, zinanya tangan adalah meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.”
(Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan lain lain)

Sekarang mari pula kita lihat ayat Allah swt yang mengharamkan perbuatan zina dan sekaligus mengharamkan segala perbuatan yang menjurus ke arahnya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al Israa 17:32)

Di sini Allah telah mengisyaratkan bahawa perbuatan zina adalah haram dan segala jalan yang menuju ke arahnya menjadi haram. Sebagai contoh, dapat kita ketahui bahawa menonton pornografi akan mendorong kepada zina, maka hukumnya haram. Begitu juga dalam perihal bercouple, dapat kita saksikan kini betapa ramai muda mudi yang terlanjur akibat dari bercinta, maka hukumnya turut menjadi haram. Saya cukupkan dulu di sini akan perbahasan yang berkaitan hukum bercouple untuk membolehkan kita membahaskan hal yang lain.

Sekarang mari kita meneliti kedudukan cinta dalam hati manusia yang di ajarkan oleh Islam.

” Katakanlah: “Jika bapak bapak, anakanak, saudara saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang fasik.”
(At Taubah 9:24)

” Dan di antara manusia ada orang orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah
semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaanNya (niscaya mereka menyesal).”
(Al Baqarah 2:165)

“Katakanlah: “Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Ali Imran 3:31)

“Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia lebih mencintaiku berbanding bapanya, anaknya dan seluruh umat manusia” (HR Bukhari)

Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri.

Sedangkan yang terkait perhubungan di antara dua jantina yang bukan mahram Allah menegaskan bahawa ianya bukanlah cinta tapi syahwat semata.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan syahwat kepada apa-apayang diingini, yaitu: wanita wanita, ??.”
(Ali Imran 3:14)

Maka jelaslah di sini bahawa percintaan antara bukan mahram adalah sesuatu yang tidak diajarkan di dalam Islam. Ianya tidak terdapat dalam Sirah Rasulullah saw, para sahabatnya dan kehidupan para salafus soleh, dan sesungguhnya dunia Islam sedia maklum bahawa zaman merekalah sebaik baik zaman yang pernah wujud dalam sejarah Islam dan kepada merekalah kita mengambil tauladan.

Sekarang mari kita meneliti pula batasan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Kita biasa mendengar bahawa rata rata pasangan mengatakan bahawa Islam membenarkan pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram cuma saja ia ada batas batasnya. Cuba kita tanya mereka semula, tahukah mereka apakah batas batasnya?

Ayuh kita renung firman Allah ini :

” Katakanlah kepada orang laki laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya?.. .”
(An Nuur 24:30-31)

” Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir 40:19)

Dan seterusnya pada hadith Nabi saw :

Dari Jarir r.a, ia bertanya kepada Rasulullah saw tentang memandang secara mendadak. Baginda pun menjawab :”Palingkanlah pandanganmu” (HR Muslim dan Tirmidzi)

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, yaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Karena yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan:
maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahwa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh karena itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Insyaallah saya akan mengungkapkan satu kisah yang terjadi di kala pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al Khattab r.a. Pada suatu hari, beliau mendengar keluhan seorang wanita yang mengatakan “Alangkah indahnya andai aku menjadi surirumah si fulan”. Lantas Umar memanggil pemuda yang disebutkan wanita tersebut dan mengarahkannya untuk menggondolkan kepalanya. Nyata ketampanan pemuda tersebut lebih terserlah dengan
kebotakannya, lantas Umar mengarahkannya untuk keluar daerah. Jadi, kalau dilihat apakah kesalahan pemuda tersebut? Tiada apa apa cuma Umar bimbang akan zina hati yang telah menguasai wanita tersebut.

Di sinilah dapat kita lihat bagaimana tegasnya Umar r.a menjaga rakyatnya dari terjebak dari zina hati yang di larang oleh Islam. Di zaman dahulu, ketika Islam masih lagi berkuasa di atas muka bumi, permasalahan ini tidak pernah timbul. Anak perempuan masih lagi malu malu untuk keluar rumah, mereka hanya menanti di rumah menunggu pinangan lelaki, dan andaikata
mereka terjerumus ke dalam kancah percintaan yang di luar perkahwinan, mereka akan dicemuh oleh segenap masyarakat.

Dan apabila keadaan mula berubah, wanita sudah mula mendapat tempat di universiti universiti, mereka sudah mula menjadi pegawai pegawai di jabatan awam dan di sinilah bermulanya satu budaya yang di ceduk dari Barat iaitu bercouple. Dan sebegitu hebatnya perancangan yang dilakukan oleh Barat sehinggakan mereka telah mengubah satu adat yang bersesuaian dengan
Islam kepada apa yang bersesuaian dengan adat mereka.

” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah:”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. (Al Baqarah 2:120)

Islam adalah agama yang sesuai untuk setiap zaman. Hukumnya ada yang tetap seperti asal dan ada yang berubah mengikut zaman. Dan ulama tidak pernah memberi kelonggaran kepada para muda mudi untuk bercinta di luar perkahwinan kerana nyatanya ia adalah bukan sesuatu dari Islam dan ia pasti akan membawa kerosakan. Ia dapat dipastikan sendiri pada ketika ini,
betapa hancurnya akhlak muda mudi kita akibat dari apa yang mereka namakan sebagai
sebuah cinta suci.

Saudari telah meminta saya untuk memberikan solusi kepada satu permasalah yang berkaitan dengan zina hati akibat dari bercinta dan saya tidak dapat memberikan satu pun jawaban kerana mana mungkin untuk menerangkan cara mengelakkan zina hati yang haram andaikata bercinta itu sendiri adalah sebahagian dari jalan ke arah zina itu sendiri. Saudari mahu menyelesaikan
satu permasalahan secara Islamik (mengelakkan zina hati) terhadap satu permasalahan yang tidak Islamik (bercouple). Nescaya saudari tidak akan menemukan jawabannya.

Dan sesungguhnya saya tidak akan memberikan jawaban yang bertentangan dengan Islam semata mata untuk menyenangkan hati saudari dan memuliakan diri saya sendiri.

Sesungguhnya, yang benar telah jelas benarnya, yang bathil telah jelas kebatilannya. Sesungguhnya kebenaran pasti akan menghancurkan kebathilan

“Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”.
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Al Israa 17:81)

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al Baqarah 2:256)

Maka dengan itu, sekiranya saudari mahu satu solusi yang lain daripada pernikahan, maka ianya tidak lain dan tidak bukan adalah berpisah darinya dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar benar taubat. Andaikata benar dia adalah jodohmu, pasti Allah akan menemukan dirimu dengan dirinya di dalam keadaan yang lebih baik. Sesungguhnye telah kering pena yang
menulis pengaturan hidupmu. Telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz siapa yang akan menjadi suamimu.

Saya sendiri telah mengambil kedua dua langkah yang telah saya sarankan kepada saudari iaitu berpisah atau bernikah. Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu
melalui pernikahan secara Islamik. Dan buat pengetahuan saudari, saya masih lagi seorang pelajar yang baru menganjak usia 21 tahun dan pernikahan saya baru berusia 7 bulan. Moga Allah memberikan kami rezeki dan rahmat dari sisiNya

“Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnyapada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yangberpikir.”
(Ar Ruum 30:21)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.”
(An Nuur 24:32)

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,

Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

Daftar rujukan:

1. Terjemahan Al Quranul Karim
2. Kitab Tazkiyah ; Cahyadi Takariawan
3. Menyiapkan Anak Perempuan Solehah ; Munir Muhammad Al Ghadban
4. Perjalanan Ruhani Menuju Allah ; Said Hawwa
5. Selamatkan Putra Putrimu Dari Lingkunga Tidak Islami; Faramarz Bin Muhammad Rahbar
6. Agar Dicintai Allah; Abdul Hadi Hasan Wahbi
7. Mendidik Cara Nabi Saw; Najib Khalid al-’am
8. Fiqh Dakwah Muslimah; Dr Ali Abdul Halim Mahmud
9. Pusat Konsultasi Syariah, www.eramuslim.com, bahagian soal jawab.

Al Faqir Ila Allah
Abu Syuhada
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Mechanical Maintenance Department (Trainee)
Centralized Utility Facilities (CUF) Gebeng,
Petronas Gas Berhad.

Lihat Komen

(@_@)

bismillah..

lama bangat ni xupdate.. xde idea la.. nnt la ya..

Lihat Komen

ALHAMDULILLAH...

'ya ALLAH, berikanlah sy kekuatan..hidayah MU'

harini, birthday kazen sy..

SELAMAT HARI LAHIR AFA..

cepat betul masa berlalu..dh sminggu sy duduk kt rumah sewa ni.. Alhamdulillah...semuany ok. housemates, ok..lepah ni, kawang terra speaking ganu la..hehe study? pening2 jga..tp, Alhamdulillah..lecturer banyak membantu.. kt sini, selalu terasa sakit..hm..kenapa ya?

uitm?? hm..mcm tu la..bt kn sy jd diri saya.. uia?? xtahu la..semakin sibuk kot..

haa..harini baru beli majalah milenia.. 'orang melayu suka berhibur" tp, sy belum baca betul2 lg..

sabtu ni, sy nk balik kedah.. sapa nk pesan ole2, agkat tangan! hehehe.. 19hb ni, treatment..last treatment! Alhamdulillah..dh byk lubang dh ni..huhu 23hb appoiment doc...mintak2, xde lg yg tumbuh bt masa ni.. xsabarny saya nk tgk kedai angah.. jmpa ayah, ibu.. ibu risaukn saya.. 'ibu... jgn risau. anak ibu ok..jgn risau ya?' ;-)

Lihat Komen

sedih..

bismillah..

2hari ni, hari yg sedih.. baru lepas jmpa lecturer ja ni.. c@hya yg selaluny kuat, dh goyah.. dh xsekuat dlu.. xpela..yg PENTING skrg ni, belajar betul2!

Lihat Komen

kembara ku bermula....

dengan nama MU, ya ALLAH..

esok, 6july...bermula rutin harian sbg seorg pelajar.
bas rapid>>pak guard>>kerenah bdk2 uitm>>tangga2>>lif yg sesak dan mcm2 lg.
klu 7bln sblm ni, sy xrisau sgt bila sem buka.. tp, sejak diri dibelah2 (dasyatnya bunyi!huhu), sy dh xmcm dulu.. td pn, angkat brg masuk rumah sewa, dh terasa sakit. bwa dapur, bantal n meja study ja..dh sakit.. mcm mana la nk main tenis ni..? (@_@) mcm xde hrpn ja.. waaa..sedihny.. xpe2..slow2 la dia recover.
sem ni, sy bwa 2paper.. WAJIB PASS paper2 ni! study betul2!

hm..apa lg ya? ouh ya! ni promosi awal..

klu ada sesiapa yg bminat dgn tshirt or blouse muslimah, tudung bidang besar dgn hiasan serta TEBAL, tudung bidang 45, 55 dgn hiasan pada harga yg SGT BERPATUTAN, boleh hubungi sy ya. ......dan sesiapa yg berminat untuk mengetahui kelebihan HPA(herba penawar alwahida) boleh juga hubungi sy.. (^_^)

Lihat Komen

c@hya kembali!

bismillah..
maafla..lama xupdate. sdikit sibuk..ini spatutny di'post' 2jun lalu..tp, kita merancang saja kn..:-) okay, sy letakkn tarikh2 je la ya..

29may-1june 2009
sy berada d kem tunas muda kt smka baling. kem yg bagus untuk adik2 tingkatan2..sekolah lama pn, cantik, menarik..tp, toilet dia dh xcantik..kena jga toilet elok2 la..jgn harap m.cik2 cleaner ja..(aiwah! bg 'lecture free' pulak aku nih!) hm..kt program ni, sy dpt tnda ptama attend program..org g program dpt saguhati, sy? dh xmain daa benda2 tu..kt muka pulak tu!hihi sy xpernah tjangka akan ad parut sebb attend program.. yela..kita kn insan yg lemah.. tp, pengalaman menarik.

4june2009
hntr, teman (dan sewaktu dgnnya) ayah g Pantai Utara Medical Centre.
ayah terCINTA operation hari ni.. sebak, cemas, semua ada la time tgu ayah kt OT.
dlm ht, 'mcm ni la rasanya family tgu sy operation haritu ya.. Alhamdulillah, dlm 1jam ayah keluar..kesian ayah.. byk darah keluar. smpai skrg pn still lg keluar darah.
'ya ALLAH, beriknlah kesihatan yg baik buat ibu dan ayahku'

5june2009
pegi tgk ayah..hari2 yg berlalu membuatkn sy lbh berdikari.
anak2 semua perempuan, xbmaksud xbguna..n anak2 semua lelaki, xsmestinya boleh diharap...
harini jgak, bukak jahitan kt ats bibir ni..xdela sakit sgt pn sbnrny..dh xpelik sgt da muka ni.. doc pesan, parut ni xleh dedah direct kt matahari. nnt, nmpak jelas. so, kena la tutup muka. ;-)

6june2009
-SELAMAT HARI LAHIR KHAIRUNNiSA MAZLAN
-SELAMAT HARI LAHIR SHAHIDATUL ASLAMIAH BAKAR

27june2009
-SELAMAT HARI LAHIR...
>>SITI SYAMIMI A'AZMI
>>MOHD RAZIN AHMAD ZAIDEI
>>ARIFUDDIN DZULKHEFLI

30JUNE2009
hari ni, sy dh 21tahun.. ;-)
TERIMA KASIH ibu, ayah.. i LUV u!
Alhamdulillah..masih dberi kesempatan utk bernafas lg.xde apa yg diharapkn sgt..
'ibu, ayah, family nta smua sihat.. habiskn ACCA..'
'smoga diri ini masih kuat lg utk melangkh dlm pjalanan ini..insya ALLAH'

2july2009
1semester sy tinggalkn uitm..
harini..dgn smangat baru, sy kembali utk bjuang kt uitm.. yah! yah! huhu..
jumpa kwn2..lecturer.. sorang kwn sy ckp psal parut kt ats bibir ni(ngutuk sbnrny..hihi) ' ko ni, nmpak je baju, tudung besar.. tp ganas! aduuai..

itula alkesah...spanjang 'kehilangan' sy..huhu

Lihat Komen

Saya Kini Menggunakan Disqus


Bismillah..

Saya kini menggunakan Disqus untuk C@hyaImani. Hal ini untuk memudahkan anda meninggalkan komen di blog saya (walapun xdela banyak pun komen. huhu)

Saya juga ingin meminta maaf untuk sahabat2 yang ada meninggalkan komen kerana komen2 tersebut terpaksa dipadamkan kerana saya set disqus untuk semua entri samada yang baru ataupun lama.

Bagaimana untuk tinggalkan komen? Mudah sahaja.

1. Masukkan nama anda dan e-mail di ruangan yang disediakan. (wajib)
2. Jika anda ada blog atau laman web, masukkan di ruangan 'Website'
3. Masukkan komen di ruangan yang disediakan.
4. Klik 'Submit'
5. Tunggu sehingga komen anda dipaparkan.
6. Selesai! Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen (^_^)

Jikalau ada salah dan silap, harap tunjuk ajar ya. Terima kasih (@_@)

Lihat Komen

bersabar dengan ujian dunia


Setiap manusia pastinya menempuh ujian di dalam kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda. Kita tidak semestinya di atas. Kadangkala kita beroleh kesenangan, kadangkala kita ditimpa kesusahan. Ujian di dalam kehidupan ini sudah pastinya ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman - sejauh manakah kesabaran mereka dan rasa redha mereka terhadap ketentuanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali 'Imran ayat 200 maksudnya :

"Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung"

Ujian yang dihadapi manusia dikelaskan kepada dua :

PERTAMA - Ujian yang serasi dengan hawa nafsu dan kehendak manusia seperti kekayaan, kepandaian, anak pinak dan sebagainya yang bersifat dunia. Lazimnya manusia perlu besungguh-sungguh sekiranya ingin mendapatkan hal-hal duniawi seperti ini. Ada sesetengah manusia yang lupa daratan apabila telah beroleh nikmatNya dan kemudian mengingkari perintah dan suruhan Allah s.w.t. dengan perasaan bongkak dan sombong sepertimana yang terjadi kepada Qarun pada masa Nabi Musa a.s. Ujian dari Allah s.w.t. boleh datang secara tiba-tiba dan meragut kesemua nikmat tersebut sepertimana yang terjadi kepada Nabi Ayub a.s. Justeru, kesabaran adalah penting untuk sesorang manusia menggunakan nikmat2 tersebut pada jalan yang diredhai demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

KEDUA - Ujian ini tidak berpadanan dengan nafsu manusia seperti bencana alam yang terletak di luar kawalan manusia. Kita pastinya belum lupa akan tragedi tsunami yang mengorbankan jutaan nyawa. Ada di antara manusia yang menyalahkan takdir walaupun hakikatnya kebanyakan bencana alam pada hari ini berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang membinasakan alam demi kepentingan sendiri. Justeru, sebagai hamba yang beriman dan redha dengan ketentuanNya, haruslah sentiasa bersabar dan yakin bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam menempuh ujian di dunia, kesabaran adalah elemen yang paling penting untuk mengukuhkan iman dan jiwa kita dalam melayari kehidupan di dunia yang sementara ini. Kesenangan yang dinikmati haruslah disyukuri kerana segala-segalanya adalah milik Allah s.w.t. yang Kekal Abadi.

Percayalah. Sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman. InsyaAllah.

Semoga kita sama2 tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sabar. Amin


Lihat Komen

dari utara ke timur selatan 2..

okeyh...sambung balik..

23/5

pg- pegi tawau..huhu jauh jga. lebih kurang 1jam. kt sana, okla...pegi pasar gantung n pasar tanjung... hu...byk barang..penat tgk org shopping.. sy xtahu nk beli menda...beli tshirt, telekung, apa lg ya? brooch.. sikit ja dibelinya..

mlm- alang g camping kt sek dia..so, sy la yg bwa family jln2 bserta pemandu pelancong di sblh.. hehe pegi pasar ikan.. lepas tu, buat panggang.. fuh...sedaaaap...ditambah dgn air asam+sambal kicap...aduuhai... (^_^)

24/5

hari ni, paling gelong skali (xpaham, angkat tangan ya..). pegi pulau mabul...pulau ni, ketiga tcantik...fuh..ketiga tercantik pn, dh cantik sangaat! dr pulau mabul ni, boleh nmpak pulau sipadan..rupa2nya, pulau mabul ni, transit utk g pulau sipadan.. prkara yg menakutkn yg kami buat...pegi naik bot kuasa 4stroke shj+tnpa life jacket+xreti berenang pon! isk2.. dhla time otw balik tu, 2kali enjin bot mati tgh2 laut... smua cuak btul!... imagine mcm2.. alhamdulillah, selamat sampai jga.. fuh..

malamny pulak, pegi shopping mutiara+kristal lagi.. tp, smua da penat..balik, tido awal.. smpai mengigau2....heh3x

25/5

hari ni da nk balik da...pg ni, nk pegi pasar...nk packing ikan utk balik semenanjung..

balik ni, 28hb --kenduri ayah.
29-1jun---tunas muda

okla...kita jmpa lg ya (@_@)

Lihat Komen

dr utara ke timur laut

bismillah..



Alhamdulillah..dh selamat sampai kat semporna ni.. xsgka akan jejak kaki kt sini. dh lama

xupdate blog ni ya..tlupa nk bgtau.. 21-25may ni sy ke semporna..melawat tmpt alang

mengajar.

time otw ke kl, tjumpa kaunselor smkab..tkejut jga..xsgka jumpa kt r&r tapah..hehe

smalam, 21may smpai tawau..2jam pjalanan, smpaila semporna ni.. kejap lg nk pegi pulau bum

bum. nk tgk sekolah alang...



22 may 2009


7.00pg -

ke pasar.. ya ALLAH, murah sgt seafoodny..boleh jd rambang mata kt pasar tu. huhu

nk upload pic yg amek kt pasar td, tp...laptop alang ni xde port utk usd pulak..huhu

xpela..nnt sy upload ya.. ikan buntal, ikan biru, rumpai laut, etc... waah!!


1.00 ptg -
g jeti. naik bot..time pegi, ok la..bot besar jgak..time balik, aduhaii...air laut pn terpercik ke muka
sokmo.. teacher...teacher... besar ya pengorbanan cikgu. pengalaman yg menyeronokkan..+cuak!
nasib baik pkai flat ja. klu x, hu hu hu..
8.00 mlm -
pegi makan2...sblh dragon inn (dragon inn kt mana?? alaa..yg tmpat trek selebriti zizi tu...)
shopping2 mutiara+kristal...okay la..mknan ny sedap. nyam..nyam! hihi
###ok...hv to go..nk g tawau pulak pg ni.. (^_^)

Lihat Komen

SALAMAT...

Jasa guru ku xterhingga..
aku tidak melupakannya..
banyak ilmu ku dapat dari
padanya..
jasanya ku kenang sampai
bila biila..


teringat sedikit lirik lagu dari zaman nada murni dulu..

SELAMAT HARI GURU..
jasa mu terlalu besar makna nya..xternilai dengan wang ringgit.

>> Cikgu zmn merangkak, (^_^) ibu + ayah.
>> Cikgu tadika, Puan Zawiyah Othman,
>> Cikgu2 SKGL, Puan Sufiyana Subki, Puan Fuziyah Saaid, Puan Nor Azlina Aziz, En. Othman, En Kamaruzzaman Daud, Ust Mohamed Yaakob, Teacher Vatchala Devi...etc
>> Cikgu2 SMKAB, Puan Zuraidah Mustaffa, Puan Nur Saleena Fazal, Puan Norliza Ahmad, Ustazah Sholihah Ahmad, Ustz Sham, etc..


# SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAKAK TERCINTA, ALANG..
Birthday kali ni lebih bermakna ya..sambut dgn student pulau bum bum, semporna.

Lihat Komen

aku hamba..

aku selalu membuat dosa
sering melakukan kesalahan
sekalipun aku sudah pun mencuba
untuk menolaknya wahai Tuhan

dengan rahmatMu Kau ampunkanlah
seluruh dosa-dosaku
jangan biarkan aku terumbang-ambing..
dan tenggelam dengan dosa

Tuhan,
aku tidak layak untuk ke syurgaMu
tapi aku tidak sanggup menanggung sengsaraMu
oleh itu kurniakanlah keampunan padaku
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun
segala dosa-dosa yang besar

aku inikan hambaMu
aku adalah boneka
yang Engkau cipta
jangan Engkau biarkan aku tanpa pimpinan
aku akan tersesat jalan

kalau Engkau tinggalkan aku dengan dosa dan noda
kalau Engkau tinggalkan aku dengan kesalahan
segalanya yang ku miliki
tiada erti apa-apa


...astaghfirullahal 'azim.. subhanaka inni kuntu minazzhalimin..

Lihat Komen

selamat hari lahir ummu maryam.

bismillah..
semoga segalanya sihat..ameen. =>

29april ja, mesti ingat birthday ummu maryam..
apakan daya, org di kejauhan.. nk contact pn susah..

SELAMAT HARI LAHIR.. ^_^

#maafla ummu maryam..ni kek anak buah ak.

semoga sentiasa dlm keredhaan ALLAH...berbahagia selalu..serta dimurahkn rezeki.. rindunya kat ummu maryam..lambat lg baru balik malaysia..4tahun lg ya? bolehla maryam jd flower girl makcik nnt..hehe

Lihat Komen

hidup terlalu singkat untuk membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh2mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda.
Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri.
Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hakMU..

Lihat Komen

ALLAH maha kuasa...

Bismillah...

Alhamdulillah, selesai treatment ke-3.. review result operate haritu, ok..leganya hati..
'kita akan lebih menghargai..jika kita tahu kita xmgkin mngecapiny..'

ok.. pernah x anda dengar,
hidup ni, bagaikan roda..sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah..
hidup ni, bagaikan cermin..apa yg kita buat, kita akan 'dapat' balik..
dalam erti kata yg tepat,
PEMBALASAN.

hm..manusia.. kadang2 bila kita 'buat' org sakit hati, kita xsedar..tp, kita selalu pertikaikn kenapa org tu sakitkan hati kita?? hm..kifarah. kita selalu memandang ke langit tanpa kita hirau kalau2 ada batu di bawah yg buat kita terjatuh..kenapa ya??
manusia, terlalu materialistik(sesetengahny).. hm..manusia xsempurna...

bagusny kita ada DIA...
walau sakit hati, tension, kita bz, sedih.. tp, DIA setia mendengar..
bahagia kan?? Alhamdulillah.. :-)

'berbahagia lah bg hati2 yg sentiasa takutkan ALLAH sambil duduk atau baring..."

Lihat Komen

sufi askari versi maya!!

Bismillah...

ukhti-ukhti sekalian, silalah ke bayt Sufi Askari (rumah akhawat ISMA Shah Alam Klang) versi maya...



..ruhban fillail, fursan finnahar.. bunga-bunga sufi askari kembang mekar.. sukar diusik, payah dicari....

---copied from ukht khairun

#waah..dh improve ya bayt sufi askari ni..hebat! rindunya pada akhwat.. =>

Lihat Komen

cyst

sedikit info dr cik G. http://familydoctor.org

What is an ovarian cyst?

An ovarian cyst is a fluid-filled sac in or on the ovary. Many ovarian cysts are noncancerous cysts that occur as a result of ovulation (the release of an egg from the ovary). These are called functional cysts. Functional cysts normally shrink on their own over time, usually in about 1 to 3 months. Often functional cysts do not cause any symptoms (you may not even know you have one), but other times they can cause abdominal pain, menstrual irregularities, nausea and vomiting. If you have a functional cyst, your doctor may want to check you again in 1 to 3 months to make sure the cyst has gotten smaller. If you develop functional cysts often, your doctor may want you to take birth control pills so you won't ovulate. If you don't ovulate, you won't form functional cysts.

If you do have a cyst, your doctor will probably want you to have a sonogram so he or she can look at the cyst. What your doctor decides to do after that depends on your age, the way the cyst looks on the sonogram and if you're having symptoms such as pain, bloating, feeling full after eating just a little, and constipation.

If you are menopausal and are not having periods, you shouldn't form functional cysts, but it is possible for you to form other types of ovarian cysts. You should call your doctor if you experience any of the symptoms of an ovarian cyst.

Lihat Komen

ovarian cyst

salam alaik..

Alhamdulillah..segala puji dan syukur padaNYA..sy masih lagi berdiri. sy terpanggil utk berkongsi pengalaman yg xpenah sy impikan langsung.

16/2/2009..
Di saat kwn2 happy cuti midsem n takut tgk result sem lps, sy dan parents ke pantai utara mc utk check up. Thanks to Dr Kevin Lo. Ultra sound dbuat..
'ouh..she got a large cyst' must operate tomorrow!
ya ALLAH..
sy sgt2 tkejut!..suara ibu cemas+sebak..ayah tdiam. Dr suruh 'puasa' start 12mlm. smua kakak, teman rapat dhubungi..

17/2/2009
setelah melalui plbagai proses, ujian dan dugaan..tepat pkul5ptg, ke OT. Alhamdulillah, kembali ke wad pkul 10.30mlm. bila sedar ja, terasa sakitny..ya ALLAH..
mlm tu mmg xboleh tido..terasa lemah sgt.
'hm..bykny pipe kt badan..' emosi xmenentu..
sy termotivasi dgn ketabahan, kasih sayang ibu..i luv u, ibu.

##terima kasih buat kakitangan pantai utara mc, HSAH...Dr Kevin Lo, Dr .....(tlupa la nama doc tu..)maaf.

....

Lihat Komen

Chicken Wings - Its Dangerous!

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!
A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the. The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.



A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation. During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.
This need is none other than the need for food.




Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

(taken from an E-mail that I got a few days ago)

Lihat Komen

Selamat Datang : Ahlan wa Sahlan

Bismillah.. akhirnya selesai juga modify cahyaimani ni.. Alhamdulillah..

Selamat datang saya ucapkan ke C@hyaImani.blogspot.com =)

semoga blog ini dapat menjadi tatapan pembaca untuk menjadi renungan dalam memperbaiki diri dan amalan, kini dan masa depan.

terima kasih kerana sudi berkunjung. wassalam dan jumpa lagi =)