Maafkan diri ini...

bismillah... salam alayk..

sudah lama tersangat2la sy xupdate... banyak benda yang menyerabutkan.. maafla..

banyak benda yang tejadi.
.sy listkn jela ya..
1-check up haritu, alhamdulillah...segalanya ok.
2-pakcik man masuk hospital. (segalanya selamat..insya ALLAH)
3-sy dh tukar status (maafla sahabat2 yg agak kecewa dgn sy sebb xbgtau..parents yg berbincang.. segalanya insya ALLAH di buat nanti.. doakan mudahny jodoh kami, bkekalan smpai syurga..)
4-nodie, ariffudin, teacher linie berangkat ke tanah suci...(seronokny! izinkanlah sy juga dpt jejakkn kaki di tanah suciMU, ya rabbul 'izzah.. ya ALLAH, mudahkanlah mereka..mudah2an tercapai hajat mereka..)

==setakat tu ja rasanya..


sekarang ni, dh dekat2 dgn final..huu
2paper untuk sem ni..

F4- Law>>>8 December 2009
F5-Performance Management>>>>14December2009


ya ALLAH, mudahkanlah sahabat2 dan saya...

sy ada jumpa sesuatu yg menarik untuk dikongsikan... (^_^)

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :
ALLAH telah berfirman :

" Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya :

Ya Tuhanku!
Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?

Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang

bertakwa hatinya,
suci kedua-dua belah tangannya,
tidak menyusahkan orang lain dan
tidak membuat fitnah ke sana ke mari,


gunung-ganang akan berubah namun
dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta
menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.

Berfirman Tuhan:

Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu,
segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALLAH akan menetapkan kedua-dua tapak
kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."

( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )

Huraiannya:
Orang yang dikasihi ALLAH SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran.

insya ALLAH..amin..

Sistem Komen oleh Disqus