Showing posts with label copy. Show all posts
Showing posts with label copy. Show all posts
Lihat Komen

Lima Sekawan Cetus iluvislam.com

dr www.majalah.iluvislam.com

Lima Sekawan Cetus iluvislam.com

Untuk pilihan ikon minggu ini, ILuvIslam memperkenalkan lima anak muda berjiwa besar di sebalik tabir laman sesawang iluvislam.com. Mungkin selama ini tidak ramai mengenali siapakah yang bertanggungjawab terhadap iluvislam.com.

Mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas laman web iluvislam.com ialah Mohd Nurul Imran Koyube, Muhamad Ruzaini Ibrahim, Firdaus Rahim, Wan Yusof Norilham Ezani Wan Jeffery dan Ahmad Izwan Nordin. Kelima-lima jejaka ini adalah rakan baik dan bersepakat berkongsi pengalaman menubuhkan iluvislam.com yang sehingga kini telah menjadi wadah tarikan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan anak muda. Usaha mereka turut dibantu bebe rapa krew lain.

Kesungguhan yang terpancar daripada usaha murni mereka berdakwah telah menarik perha-tian Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB), Datuk Hussamuddin Yaacub. Demi menyokong mereka, beliau akhirnya besetuju menjalinkan kerjasama dengan iluvislam.com.

Menurut pengasas iluvislam.com ini, pertemuan dan perkenalan dengan KKSB memberi makna buat me reka, apatah lagi dengan persetujuan kedua-dua pihak memikul tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat. Kerjasama yang terjalin dengan adanya ILuvIslam (majalah akhbar) tidak ubah seperti satu hubungan simbiosis yang istimewa.

Selain itu, kolaborasi ini turut dilihat sebagai satu ranting dalam usaha berdakwah dunia moden yang menuntut individu agar lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan medium dakwah. Ia juga dilihat mampu menarik warga muda dan remaja untuk membaca dan menyimpan sisipan akhbar bagi mempertingkatkan ilmu agama serta info tentang isu semasa.

Berkongsi ilmu
Menurut Presiden iluvislam.com, Mohd Nurul Imran Koyube atau lebih mesra dengan panggilan Im, pada awalnya iluvislam.com ditubuhkan bagi berkongsi ilmu dan maklumat di kalangan rakan-rakan yang bakal melanjutkan pela jaran di luar negara. Antara yang ingin disampaikan adalah persediaan hidup di negara orang. Tambah Imran, melalui laman web ini, dia dan empat rakannya yang lain turut cuba berkongsi info tentang persediaan rohani dan jasmani agar tidak berlaku sebarang kejutan budaya.

Walau bagaimanapun akui pemuda dari Sungkai ini, laman iluvislam.com cuma aktif bermula penghujung 2007. Itupun setelah ditegur beberapa orang rakan. Ujar Ruzaini, pada peringkat awal, iluvislam.com cuma untuk memenuhi masa senggangnya. Namun, setelah melihat semakin ramai yang melayarinya, Ruzaini mula berasa seronok. “Setelah ditegur, kami menjadi lebih bertanggungjawab terhadap laman ini. Hasilnya iluvislam.com sudah mencecah ratusan ribu pengunjung dan terkenal di kalangan remaja dan orang ramai sama ada di dalam mahupun di luar negara,” sambung Ruzaini tersenyum puas.


MABRUK!

Lihat Komen

ALFU MABRUK!

bismillah...

salam alayk...

sy kt cc ni...alhamdulillah..selesai 1paper.. hm...1lg..takutny.. hari ni jgak, 2org sepupu sy mendirikan rumah tangga.. TAHNIAH athirah+firdaus n naufal+afzan.. Alhamdulillah..

td, pegi melawat hajjah nodie..opS! maaf..hajjah nadia rahmat. (^_^)
Alhamdulillah...selamat smpai Malaysia...seronok sgt dgr cerita2 nodie..
insya ALLAH...sy akan smpai jgak.

tlupa pulak nk gtau... anak buah sy, dh bkhatan... Alhamdulillah...xsgka dia begitu bsmgat. nnt, klu sempat sy masukkn video amin.. parents ny pilih untuk berkhatan beramai2.. so, dia yg paling kecik di dlm kelompok tu... (^_^)
TAHNIAH AMIN!!
i'm very proud of u.


sedikit untuk diri ini...dan sahabat2..

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

Lihat Komen

hidup terlalu singkat untuk membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh2mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda.
Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri.
Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hakMU..

Lihat Komen

sufi askari versi maya!!

Bismillah...

ukhti-ukhti sekalian, silalah ke bayt Sufi Askari (rumah akhawat ISMA Shah Alam Klang) versi maya...



..ruhban fillail, fursan finnahar.. bunga-bunga sufi askari kembang mekar.. sukar diusik, payah dicari....

---copied from ukht khairun

#waah..dh improve ya bayt sufi askari ni..hebat! rindunya pada akhwat.. =>