Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Lihat Komen

results

bismillah..
segala puji pd NYA...tuhan pencipta alam..yg memberikan kita nikmat yg tiada bandingan, nikmat IMAN dan ISLAM.. ALhamdulillah.. =)

harini result exam keluar.. tp, sehingga post ditulis...result blom masuk lg dlm inbox. takutnya! hu.. utk kwn2 yg pass, TAHNIAH ya! bg yg fail, ada hikmahnya..n usaha lg. =)

result kedua...

=)

sy memilih 5MAC2010 untuk operation kali kedua.
ketumbuhan sy bertambah 0.8cm wlu pn dgn pengambilan oc. sy dpt lihat perubahan wajah ibu.. ibu sedih.. sy tahu ibu sedih.. ibu seorg yg kuatkan kn. mcm2 ujian ibu tempuh..sy mesti setabah ibu. insya ALLAH..



dlu, laparoscopy..skrg major.

doakan yg terbaik untuk pembaca2 post saya..
insya ALLAH..

Lihat Komen

Amal teruja! =)

bismillah...

salam alayk.. =)

alhamdulillah...sy selamat sampai di rumah tercinta... sorg shbt sy masih dlm flight lg rasany(ketika post ditulis)...menuju ke kota bharu..semoga slmt smpai jijie!

sebak bila jumpa ibu, ayah..isk2.. (xde keja lain betul la sy ni!) hu... k, lupakan cerita2 sedih tu..

balik kali ini, sy menjadi 'mama' kpd sorg budak petah bercakap yg menggamatkan suasana flight ke penang 9am td..huhu maaf ya penumpang2 lain. anak sy ni, teruja. n first time dia berjauhan dgn mama, abg n kakak ny. jd, sy terpaksa melayan anak kecil ini, sebaik yg mungkin. (^_^)

seperti biasa...dgn amal hanisah, sy akan menjadi PUAN C@HYA IMANI... huhuhu

inilah anak kecil yg sgt teruja itu! (^_^)



ini...'pizza jepun' okinomiyaki....sedap! =)

ini kedai yg menjual 'pizza jepun' di plaza masalam, shah alam.

2hari lg, sy akan ke hospital utk next follow up..
moga2 dipermudahkan..
amin..

Lihat Komen

kisah lama berulang kembali...

Bismillah..

salam alayk..

hari ni, sy dh selesaikan 1midterm test..Alhamdulillah.. jumaat ni, selesaikan 1lg paper.. sabtu(20/2) sy balik ke kedah dgn si kecil,

amal hanisah..


17 FEBRUARI 2009

--waktu ini, kwn2 ACCA semua tgh cuti midterm..menanti hasil imtihan lepas..sy?? di atas katil Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah setia ditemani ibu tersayang.


hari ini, (17/2/2010),

genap setahun sehari sy operation.. =) cepatkan masa berlalu..

15/2/2009--confirm cysts di sebelah ovari, 15cmX15cm.

16/2/2009--5pm..dimasukkan ke OT.



banyak benda yg sy terlepas.. sy rindukan saat2 ketika hati sentiasa ingatkan DIA..hari2 itu, sangat2 membahagiakan. ALLAH..



"Allah does not burden any human being with a responsibility heavier than he can bear." [Al-Baqarah:286]



27 Januari 2010..
sekali lg sy bertandang ke klinik gynae, HSAH.. tujuan nya..untuk mendapatkan kepastian. setelah didiagnos oleh 2doktor, 2kali ultra sound, n hanya dirujuk ke pakar dgn gmbar scan, pakar mengesahkan cysts 2cm di sblh uterus. reaksi sy..sy tkejut dan kurang yakin dgn keputusan itu. doc cadangkan sy COC dan jumpa beliau semula dlm masa 5bln lg. kisah HSAH tamat di situ.. =)

destinasi seterusny?? Pantai Hospital, Sg Petani. prosedur biasa, ultra sound.. sama spt dulu, Doc tenang skali bg penerangan..kisah lama berulang semula..xsgka begitu cepat kn.. xpe..ada hikmahnya...
ALLAH knows better than us.. =)


sbnrny sy sedih bila tgk ibu tahan sedih. sebak dgr suara ibu berinteraksi dgn doc. ibu xsgka anak bongsu nya akan di operate sekali lg. dlm tmpoh 1tahun ja. sy masih di dalam golongan bernasib baik..ada yg terpaksa di operate sekali lagi dlm tempoh 3bulan dr operation pertama. biarpun cysts kembali 'hidup' sejak 3bulan sblm ni. sy mesti kuat!

seriously... SAYA SEDIH BILA TENGOK IBU, AYAH, ALONG, ANGAH, ALANG cuba sembunyikan kesedihan dr sy.. setiap kali ada kelapangan, ibu akan telefon bertanya khabar.. terbalik pulak kan?? =) bila sy cl ayah, ayah akan tanya kesihatan sy.. terharunya.

SAYA MESTI KUAT!


kakak2, ibu, ayah berusaha untuk elak anak bongsu ini di bedah sekali lg. mcm2 perubatan di gunakan.. terima kasih ibu, ayah n kakak ku... =) ibu...kalau operation tu kaedah yg terbaik, kita berlapang dada ya.. dengan izin ALLAH, mgkin Lupron berkesan untuk may. Lupron xseteruk zoladex dr segi fizikal. kesannya? may xpasti lg, ibu. kita tgk nnt ya.

22/2/2010,
result exam dec2009 akan keluar. risaunya! sy doakan yg terbaik untuk sahabat2 sekalian.. hari tu jga, sy akan berjumpa doc utk confirmkan tarikh operation. doakan saya. =)


buat housemate baiduri yg disayangi.. =) terima kasih atas segalanya.. shbt2 sek7, apacs, pembina, seroja...terima kasih.. =)

buat che nas.. thanks! xtahu nk ckp apa..moga dipermudahkan. ur mom n dad...thanks! moga2 sy dapat jd member impian park jgak! =)

sy mohon maaf.


Lihat Komen

Lima Sekawan Cetus iluvislam.com

dr www.majalah.iluvislam.com

Lima Sekawan Cetus iluvislam.com

Untuk pilihan ikon minggu ini, ILuvIslam memperkenalkan lima anak muda berjiwa besar di sebalik tabir laman sesawang iluvislam.com. Mungkin selama ini tidak ramai mengenali siapakah yang bertanggungjawab terhadap iluvislam.com.

Mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas laman web iluvislam.com ialah Mohd Nurul Imran Koyube, Muhamad Ruzaini Ibrahim, Firdaus Rahim, Wan Yusof Norilham Ezani Wan Jeffery dan Ahmad Izwan Nordin. Kelima-lima jejaka ini adalah rakan baik dan bersepakat berkongsi pengalaman menubuhkan iluvislam.com yang sehingga kini telah menjadi wadah tarikan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan anak muda. Usaha mereka turut dibantu bebe rapa krew lain.

Kesungguhan yang terpancar daripada usaha murni mereka berdakwah telah menarik perha-tian Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB), Datuk Hussamuddin Yaacub. Demi menyokong mereka, beliau akhirnya besetuju menjalinkan kerjasama dengan iluvislam.com.

Menurut pengasas iluvislam.com ini, pertemuan dan perkenalan dengan KKSB memberi makna buat me reka, apatah lagi dengan persetujuan kedua-dua pihak memikul tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat. Kerjasama yang terjalin dengan adanya ILuvIslam (majalah akhbar) tidak ubah seperti satu hubungan simbiosis yang istimewa.

Selain itu, kolaborasi ini turut dilihat sebagai satu ranting dalam usaha berdakwah dunia moden yang menuntut individu agar lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan medium dakwah. Ia juga dilihat mampu menarik warga muda dan remaja untuk membaca dan menyimpan sisipan akhbar bagi mempertingkatkan ilmu agama serta info tentang isu semasa.

Berkongsi ilmu
Menurut Presiden iluvislam.com, Mohd Nurul Imran Koyube atau lebih mesra dengan panggilan Im, pada awalnya iluvislam.com ditubuhkan bagi berkongsi ilmu dan maklumat di kalangan rakan-rakan yang bakal melanjutkan pela jaran di luar negara. Antara yang ingin disampaikan adalah persediaan hidup di negara orang. Tambah Imran, melalui laman web ini, dia dan empat rakannya yang lain turut cuba berkongsi info tentang persediaan rohani dan jasmani agar tidak berlaku sebarang kejutan budaya.

Walau bagaimanapun akui pemuda dari Sungkai ini, laman iluvislam.com cuma aktif bermula penghujung 2007. Itupun setelah ditegur beberapa orang rakan. Ujar Ruzaini, pada peringkat awal, iluvislam.com cuma untuk memenuhi masa senggangnya. Namun, setelah melihat semakin ramai yang melayarinya, Ruzaini mula berasa seronok. “Setelah ditegur, kami menjadi lebih bertanggungjawab terhadap laman ini. Hasilnya iluvislam.com sudah mencecah ratusan ribu pengunjung dan terkenal di kalangan remaja dan orang ramai sama ada di dalam mahupun di luar negara,” sambung Ruzaini tersenyum puas.


MABRUK!