Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts
Lihat Komen

hari menanam nangka



hari minggu lepas, saya g tolong ayah tanam pokok nangka. best!

antara pokok yang ditanam kt situ, nangka gold, nangka raja.. next nangka madu mastura. semuanya nak di komersialkan. iA.



lebihan anak2 nangka yg sy kena bwak ke kebun.

hidup ni pun, mcm pokok nangka jgak..

saya berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan juga..

kena tanam..sebelum tanam tu, kena letak baja n sedikit racun. baja untuk galakkan akarnya tumbuh. racun utk elak pokok diserang anai2 or lain2..

hidup kita, sebelum kita bina sebuah keluarga...kita kena cari ibu yang baik utk anak2 kita atau ayah yang baik untuk anak2 kita.. bila pass step pertama..boleh la kita move ke step seterusnya..

bila kita dh tanam nangka ni, kita kena baja nya sokmo.. utk galakkan pertumbuhan dia.

berbalik pada kita sebagai manusia, bila kita dh jadi ibu n ayah.. kita wajiblah menunaikan hak-hak anak2 kita.. antaranya:

-ajar kan dia mentauhidkan ALLAH
-berikan dia nama yang baik
-berikan makanan yang terbaik buatnya. ie: susu ibu
dan sebagainya..

lepas nangka dah besar sket, kena buang tunas2 yang tidak sesuai.

hidup ni, kita kena buanglah mana sifat-sifat buruk kita.. nanti terikut-ikut ke perangai anak. yang mana yang xelok untuk anak kita, kita cantas siap2.. kalau perlu rotan, kita gunakan rotan untuk adabkannya.. jangan tunggu anak kita berusia 18tahun baru nak rotan, semuanya dah terlewatla masa tu..

insya ALLAH,
bila kita jaga baik-baik pokok nangka atau pun anak orang.. hasil yang diberikan akan bagus.

jadi, ibu bapa yang memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak.. bukan cikgu, bukan ustaz.. ibu bapa yang harus mulakan segalanya.. buruk akhlak ibu bapa, maka buruk juga lah akhlak anaknya jika tidak di tanamkan dengan akhlak yang baik padanya..

'ya ALLAH... kurniakanlah kami anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat...semoga mereka menjadi penyejuk mata kami dan yang akan mendoakan kami sesudah kami mati..'

amin

Lihat Komen

Cara Yahudi Mendidik

Saya berminat dgn artikel ni. Jd, sy nk kongsi dengan anda semua.. kpd bakal ibu.. mari kita praktikkan amalan yg baik ini.. semoga kita dpt lahirkn generasi yg cerdas dan soleh solehah. insya ALLAH..

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana , ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami
, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(saya pernah kerja di farmasi dan ramai ibu-biu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan tuk perkembangan bayi mreka - alin)


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan- alin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahula sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin - alin)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Lihat Komen

cerita 1malam



bismillah..

semalam, seharian sy sakit kepala. mgkin sebb terlalu panas. mlm td pulak, ada kelas. anak2 murid sy, kebanyakannya semua high note. semua jenis ckp jerit tepi tlinga. aduh~~ sabar je la. tp, mlm td sy discover 1perkara.. bdk2 ni suka sy bercerita. bila saya start cerita kisah imam syafiee.. smua mcm terdiam. mcm magic tu. (hu..sy suka!)

hm..ingat pulak kt anak sedara.. budak2 tu, suka bila kita bacakan buku2 cerita atau majalah aulad or ana muslim kesukaan depa tu. ^_^



mlm td jgak, ada sorg waris ni, baru tau yg selama ni anak dia tipu dia. sy xpasti apa anak dia ckp. tp, sy rasa student sy tu ckp dia belajar baik kot. ntahla..xmau buat spekulasi la.
“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”

saya ada baca artikel, mcm mana bangsa yahudi didik anak sedari dlm kandungan lagi. (sy ada kongsikan di post terdahulu)
Subhanallah..
sy sangat2 kagum dgn cara mereka.




Lihat Komen

didikan & sabar


bismillah..

Alhamdulillah..masih diberi nikmat iman dan islam..masih lagi bernafas pd hari ini. Alhamdulillah..
c@hya dlm misi utk memberi kefahaman pd anak2 bangsa supaya mereka xkeciciran bila masuk zmn sekolah menengah. c@hya sgt kasihan n geram sebb bdk2 ni xphm. hm...sebenarnya salah la konsep tu! budak tu mgkin lambat. jd, kena lebih sabar. sabar ya?

budak2 zmn sekarang, byk main la.. lepas tu, rasa hormat tu dh kurang pd guru. hmm... xpa la..

saidina umar r.a pernah berkata, "didiklah anakmu mengikut zamannya..."

insya ALLAH sy akan buat sebaik mungkin. supaya mereka berjaya di dunia n akhirat. :)

Lihat Komen

Amal teruja! =)

bismillah...

salam alayk.. =)

alhamdulillah...sy selamat sampai di rumah tercinta... sorg shbt sy masih dlm flight lg rasany(ketika post ditulis)...menuju ke kota bharu..semoga slmt smpai jijie!

sebak bila jumpa ibu, ayah..isk2.. (xde keja lain betul la sy ni!) hu... k, lupakan cerita2 sedih tu..

balik kali ini, sy menjadi 'mama' kpd sorg budak petah bercakap yg menggamatkan suasana flight ke penang 9am td..huhu maaf ya penumpang2 lain. anak sy ni, teruja. n first time dia berjauhan dgn mama, abg n kakak ny. jd, sy terpaksa melayan anak kecil ini, sebaik yg mungkin. (^_^)

seperti biasa...dgn amal hanisah, sy akan menjadi PUAN C@HYA IMANI... huhuhu

inilah anak kecil yg sgt teruja itu! (^_^)



ini...'pizza jepun' okinomiyaki....sedap! =)

ini kedai yg menjual 'pizza jepun' di plaza masalam, shah alam.

2hari lg, sy akan ke hospital utk next follow up..
moga2 dipermudahkan..
amin..

Lihat Komen

kisah lama berulang kembali...

Bismillah..

salam alayk..

hari ni, sy dh selesaikan 1midterm test..Alhamdulillah.. jumaat ni, selesaikan 1lg paper.. sabtu(20/2) sy balik ke kedah dgn si kecil,

amal hanisah..


17 FEBRUARI 2009

--waktu ini, kwn2 ACCA semua tgh cuti midterm..menanti hasil imtihan lepas..sy?? di atas katil Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah setia ditemani ibu tersayang.


hari ini, (17/2/2010),

genap setahun sehari sy operation.. =) cepatkan masa berlalu..

15/2/2009--confirm cysts di sebelah ovari, 15cmX15cm.

16/2/2009--5pm..dimasukkan ke OT.



banyak benda yg sy terlepas.. sy rindukan saat2 ketika hati sentiasa ingatkan DIA..hari2 itu, sangat2 membahagiakan. ALLAH..



"Allah does not burden any human being with a responsibility heavier than he can bear." [Al-Baqarah:286]



27 Januari 2010..
sekali lg sy bertandang ke klinik gynae, HSAH.. tujuan nya..untuk mendapatkan kepastian. setelah didiagnos oleh 2doktor, 2kali ultra sound, n hanya dirujuk ke pakar dgn gmbar scan, pakar mengesahkan cysts 2cm di sblh uterus. reaksi sy..sy tkejut dan kurang yakin dgn keputusan itu. doc cadangkan sy COC dan jumpa beliau semula dlm masa 5bln lg. kisah HSAH tamat di situ.. =)

destinasi seterusny?? Pantai Hospital, Sg Petani. prosedur biasa, ultra sound.. sama spt dulu, Doc tenang skali bg penerangan..kisah lama berulang semula..xsgka begitu cepat kn.. xpe..ada hikmahnya...
ALLAH knows better than us.. =)


sbnrny sy sedih bila tgk ibu tahan sedih. sebak dgr suara ibu berinteraksi dgn doc. ibu xsgka anak bongsu nya akan di operate sekali lg. dlm tmpoh 1tahun ja. sy masih di dalam golongan bernasib baik..ada yg terpaksa di operate sekali lagi dlm tempoh 3bulan dr operation pertama. biarpun cysts kembali 'hidup' sejak 3bulan sblm ni. sy mesti kuat!

seriously... SAYA SEDIH BILA TENGOK IBU, AYAH, ALONG, ANGAH, ALANG cuba sembunyikan kesedihan dr sy.. setiap kali ada kelapangan, ibu akan telefon bertanya khabar.. terbalik pulak kan?? =) bila sy cl ayah, ayah akan tanya kesihatan sy.. terharunya.

SAYA MESTI KUAT!


kakak2, ibu, ayah berusaha untuk elak anak bongsu ini di bedah sekali lg. mcm2 perubatan di gunakan.. terima kasih ibu, ayah n kakak ku... =) ibu...kalau operation tu kaedah yg terbaik, kita berlapang dada ya.. dengan izin ALLAH, mgkin Lupron berkesan untuk may. Lupron xseteruk zoladex dr segi fizikal. kesannya? may xpasti lg, ibu. kita tgk nnt ya.

22/2/2010,
result exam dec2009 akan keluar. risaunya! sy doakan yg terbaik untuk sahabat2 sekalian.. hari tu jga, sy akan berjumpa doc utk confirmkan tarikh operation. doakan saya. =)


buat housemate baiduri yg disayangi.. =) terima kasih atas segalanya.. shbt2 sek7, apacs, pembina, seroja...terima kasih.. =)

buat che nas.. thanks! xtahu nk ckp apa..moga dipermudahkan. ur mom n dad...thanks! moga2 sy dapat jd member impian park jgak! =)

sy mohon maaf.


Lihat Komen

09...2010......2011............2012.....

bismilah...

salam alayk..

alhamdulillah..harini hari ke-7 di tahun 2010.. usia ku makin bertambah.. tanggungjawab ku juga bertambah.. tinggal beberapa hari ja nk balik uitm semula.. mulakan rutin. moga tahun ini..bukan lagi seperti sem lepas.. ya ALLAH..jgnlah ENGKAU uji aku dengan sesuatu yang xsanggup aku tanggungnya..sesungguhny ENGKAU lebih mengetahui...

2anak buah saya dh mulakan kelas yg tertangguh dulu...di tempat yang baru. sungguh excited! huhu..kecoh! si kecil...mula gelisah..risau mama nya sengaja tinggalkan abang dan kakaknya. (^_^) kakak.. dpt balik mengajar di sblh rumah..alhmdulillah..

tahun baru..
penuh dgn semangat baru.. hendaknya momentum ni, berkekalan sehingga ke hujung tahun.

ya ALLAH...jadikan aku seorang yg tabah... jadikanlah aku seperti yang dahulu..disaat hati ku ini, sentiasa terdetik namaMU..jangan biarkan aku hanyut dan alpa.. ya ALLAH...aku takut ya ALLAH..jahatnya aku..jahilnya aku..sombongnya aku.. ya ALLAH..kurasakan hati ini semakin hitam ya ALLAH.. sebb itulah..semua bnda -ve ada pd diriku.. ya ALLAH..


sahabat2 ku...diriku jua.. semoga hari ini, lebih baik dari semalam.. amin.

buatmu pembaca coretan ku....

sahabatku yang dikasihi..
semoga berjaya dan diredhai ALLAH sentiasa!

ya ALLAH..
andai saudaraku resah..
tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifatMU..

andai dirinya terancam..
lindungilah jasadnya dengan kebesaranMU..

andai tubuhnya kedinginan..
selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMU..

andai dirinya merindu..
rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMU..

jangan...ya ALLAH.
jangan KAU biarkan hati, jiwa dan jasadnya terpesona dengan dunia.
khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud menghadapMU..

berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat.
moga dirinya...saudaraku..
selamanya..

amin ya ALLAH.

Lihat Komen

ujian di tangguhkn....

rumah2 batu 'terbakar' di suatu petang..


BISMILLAH..

ALHAMDULILLAH... (^_^)

sy dah habis exam..
hm..penatla. eh? jgn penat! apa ya post kali ni?? ha..2-3hari kebelakangan ni, sy selalu hampir2 accident.. na'uzubillah... Moga selamat segalanya... esok pagi, sy btolak pulang ke jelapang padi... cuti, smpai 12Januari2010.. nk post gmbar2 je la ya..


hero ku selamat berkhatan.. 5 December 2009


3A... Amin, 'Aisyah Auni, Amal Hanisah..


...bird park..


bird lapar ya??

Lihat Komen

ALFU MABRUK!

bismillah...

salam alayk...

sy kt cc ni...alhamdulillah..selesai 1paper.. hm...1lg..takutny.. hari ni jgak, 2org sepupu sy mendirikan rumah tangga.. TAHNIAH athirah+firdaus n naufal+afzan.. Alhamdulillah..

td, pegi melawat hajjah nodie..opS! maaf..hajjah nadia rahmat. (^_^)
Alhamdulillah...selamat smpai Malaysia...seronok sgt dgr cerita2 nodie..
insya ALLAH...sy akan smpai jgak.

tlupa pulak nk gtau... anak buah sy, dh bkhatan... Alhamdulillah...xsgka dia begitu bsmgat. nnt, klu sempat sy masukkn video amin.. parents ny pilih untuk berkhatan beramai2.. so, dia yg paling kecik di dlm kelompok tu... (^_^)
TAHNIAH AMIN!!
i'm very proud of u.


sedikit untuk diri ini...dan sahabat2..

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu