Lihat Komen

Kisah Jun ini...

Bismillah..

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana memberikan saya segalanya.. Di sini, saya dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf kerana mengabaikan para pembaca blog ini.. Mohon maaf sekali lagi..

Mari saya ceritakan apa yang terjadi pada minggu2 yang lepas..

4Jun
walimah pakcik saya. hm...saya saaangat penat hari tu.. bukan penat sebab buat kerja banyak sangat pun.. tapi, saya lebih penat dengan MULUT-MULUT jahat berkata-kata lebih banyak dari perbuatan. (ayat sedikit over.. tapi, saya nk luahkan jugak. huuu~)

Saya ada membaca di dalam novel Ramlee Awang Mursyid bertajuk Sutera Bidadari ada mengatakan kenapa melayu ada pepatah kerana mulut badan binasa. kenapa mulut yang di highlight kan?? sebab..manusia ni, jahat pada 2tempat.. hati dan mulut. huu~ maaf.

sahabat-sahabat.. semoga kita dapat menjaga mulut kita dengan sebaiknya. iA.

6-7Jun
saya exam! seperti di dalam kelas, di exam center dan di dalam exam hall.. saya seorang saja yang wajib menutup aurat.

Moga-moga saya dan kawan2 saya PASS dalam exam baru2 ini. aminnn..

10Jun
Rancangan asal:
hantar anak2 menakan balik selangor..
jumpa kawan2 UiTM yang dirindui.. pae, mona, jijie, iffah, aimie, akmal, nodie, khairun dan lain2... (maaf ya)

Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan. (surah al-anfal, 30)

Pada pagi jumaat tu(10Jun), saya, ibu dan ayah berkejar ke hospital pantai. Ayah saya terpaksa ditahan di wad dan terpaksa di operate selepas solat jumaat. Maka, plan asal terpaksa di 'cancel' kan. Perasaan bercampur baur.. Alhamdulillah.. ayah selamat dibedah.. sekarang, ayah jadi full time 'penunggu rumah' :) (may lebih suka ayah ada di rumah) may sangat saaayang ayah. luv u!

Saya dan keluarga jadi pelawat setia pantai dari 10jun-12jun.. Saya bersyukur segala nya selamat. Terima kasih diucapkan pada doktor dan nurse yang merawat ayah.

Pada hari yang sama, bapa saudara saya turut di bedah..di GH Penang. Alhamdulillah, dia juga selamat. sekarang dalam proses penyembuhan. :)

17Jun
Hari ni, saya pergi berkelah dengan kawan2 SMKAB saya.. best! :)

20Jun
Awal pagi, saya dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada sahabat saya di SMKAB. Ayahnya meninggal disebabkan kemalangan ketika dalam perjalanan ke IPG Ipoh. Alfatihah buat arwah..

21Jun
Pada tarikh ini, saya akan ingat sampai bila2.. pada tarikh yg sama, tahun 2002.. saya telah kehilangan pengasuh perempuan yang paling saya dan adik beradik sayang. saya panggil pengasuh saya ni, tok. Pengasuh saya ni, sama taraf dan mungkin lebih tarafnya dari tok-tok kandung saya. sungguh kejam statement ini.. Andai sahabat2 mengenali siapa pengasuh saya, dan siapa tok2 kandung saya.. anda akan faham kenapa..

tok saya pergi meninggalkan kami, pada pukul 10.30pagi hari jumaat. waktu tu, saya di asrama SMKAB. haritu, saya tertunggu2 n jadi xsabar2 nak tunggu ayah ibu melawat di asrama. jadi, disebabkan xsabar2 tu, saya call rumah pagi tu.. ibu angkat, tp..ibu xmau cakap dengan saya. eh?? ibu pass telefon ke ayah.. ayah dengan tenangnya.. 'may. satgi pi mintak balik kat warden. tok chik aa dah xdak' ZUPP!! air mata jatuh macam hujan. 'siap2..satgi ayah pi amik' lepas tu, smua yang saya buat jadi xkena.. last2 saya lepak di surau sambil sedekah yasin buat tok..

sampai rumah tok, saya tengok jenazah tok macam tok tengah tidur. Subhanallah! Macam tok tengah senyum.. Saya sangat seronok. :) tok memang baik.. tok saya, terpaksa berjalan guna tongkat. lutut arwah sakit. tok ni, bukanlah orang yang alim mengenai agama. tok, biasa2 ja pasal agama ni.

setahu dan sepanjang pengamatan saya,
- tok xpernah cakap xbaik hal orang. kadang2 bila kami cakap hal buruk orang, tok mesti marah.
- walaupun tok terpaksa guna tongkat..tp, tok saya ni seorang isteri yang baik dan taat.
- dulu, setiap kali saya balik dari tadika, saya mesti cari tok dalam bilik...sebab, tok memang xpernah miss solat dhuha. (ouh..air mata dah menari-nari di kelopak mata)
- tok seorang yang suka mencari ilmu.
- tok memang jaga solat dan kalau saya xsolat, tok akan marah. kalau saya xjaga adab2, tok marah jugak.

^_^ sampai sekarang, kalau kami 4beradik bercerita pasal tok dan wan pengasuh, dari happy2 boleh bertukar jadi air mata.

Insya ALLAH, rabu ni saya akan terbang ke kelantan.. doakan selamat perjalanan saya.. Amin..

Lihat Komen

hari menanam nangka



hari minggu lepas, saya g tolong ayah tanam pokok nangka. best!

antara pokok yang ditanam kt situ, nangka gold, nangka raja.. next nangka madu mastura. semuanya nak di komersialkan. iA.



lebihan anak2 nangka yg sy kena bwak ke kebun.

hidup ni pun, mcm pokok nangka jgak..

saya berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan juga..

kena tanam..sebelum tanam tu, kena letak baja n sedikit racun. baja untuk galakkan akarnya tumbuh. racun utk elak pokok diserang anai2 or lain2..

hidup kita, sebelum kita bina sebuah keluarga...kita kena cari ibu yang baik utk anak2 kita atau ayah yang baik untuk anak2 kita.. bila pass step pertama..boleh la kita move ke step seterusnya..

bila kita dh tanam nangka ni, kita kena baja nya sokmo.. utk galakkan pertumbuhan dia.

berbalik pada kita sebagai manusia, bila kita dh jadi ibu n ayah.. kita wajiblah menunaikan hak-hak anak2 kita.. antaranya:

-ajar kan dia mentauhidkan ALLAH
-berikan dia nama yang baik
-berikan makanan yang terbaik buatnya. ie: susu ibu
dan sebagainya..

lepas nangka dah besar sket, kena buang tunas2 yang tidak sesuai.

hidup ni, kita kena buanglah mana sifat-sifat buruk kita.. nanti terikut-ikut ke perangai anak. yang mana yang xelok untuk anak kita, kita cantas siap2.. kalau perlu rotan, kita gunakan rotan untuk adabkannya.. jangan tunggu anak kita berusia 18tahun baru nak rotan, semuanya dah terlewatla masa tu..

insya ALLAH,
bila kita jaga baik-baik pokok nangka atau pun anak orang.. hasil yang diberikan akan bagus.

jadi, ibu bapa yang memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak.. bukan cikgu, bukan ustaz.. ibu bapa yang harus mulakan segalanya.. buruk akhlak ibu bapa, maka buruk juga lah akhlak anaknya jika tidak di tanamkan dengan akhlak yang baik padanya..

'ya ALLAH... kurniakanlah kami anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat...semoga mereka menjadi penyejuk mata kami dan yang akan mendoakan kami sesudah kami mati..'

amin

Lihat Komen

saya kecewa

Bismillah..

Saya tulis entry kali ni sesudah sy hbis mengajar Matematik anak2 bangsa melayu darjah 3. yakni berusia 9tahun. mengapa saya highlight kan bangsa melayu?? sebb saya juga melayu. sy xmau anak2 didik sy jd hantu. sy nk bdk2 tu berjaya.. apakan daya sy? sy hanya berpeluang jmpa mereka 2jam seminggu. tp, azam sy..nk jadikan budak2 ni berjaya di dunia dan akhirat. saya xmau mereka jd hantu. ALLAH..bantu la aku.

mengapa saya kecewa???

anak murid saya, tanpa segan silu bercakap pasal kemaluan sendiri. jika d provoke kawan2, tanpa segan silu nk tunjukkan kemaluan sendiri. bdk2 itu dgn senang hati menyanyi kan hal2 persetubuhan.. bohsia, etc..

bdk2 saya pandai menyanyikan lagu pelik2 tu.. tp, bila suruh baca doa qunut, tahiyat akhir.. Masya ALLAH.. xboleh langsung. bila tanya sembhyg dak? sembahyang.. mcm mana kamu sembahyang ni? sy baca skit ja, teacher. aduiiiii~

ini la realiti pewaris masa depan...tonggak masyarakat. kementerian kesihatan duk kecoh psal murid obesiti.. kita duk kalut psal sumpah datuk Trio, duk kata org ni kafir org tu kafir.. hmmm..sudahla..jgn tunding jari kt orang.

wahai ibu bapa, bakal ibu bapa...waris dan penjaga anak2...
didiklah anak2 mu dengan sebaik2nya. kamu yg akan membentuk anak itu menjadi hantu atau menjadi muslim yg kaamil.. sy berharap dan berdoa, supaya kita semua dikurniakan dgn zuriat yang baik, penyejuk mata.. penenang jiwa. insya ALLAH..

didiklah anak2 supaya tahu adab n akhlak yang baik. jgn terasa sayang utk menegur kesalahan anak2 kita. biar sakit sekarang, jgn kita yg sakit nnt. saya doakan yg terbaik buat kita dan anak2..

sedikit bahan bacaan utk dikongsikan bersama, mengenai cara didikan anak.

semoga ALLAH permudahkan urusan kita dan berikan yg terbaik buat kita.

amin..