bismillah..
maafla..lama xupdate. sdikit sibuk..ini spatutny di'post' 2jun lalu..tp, kita merancang saja kn..:-) okay, sy letakkn tarikh2 je la ya..
29may-1june 2009
sy berada d kem tunas muda kt smka baling. kem yg bagus untuk adik2 tingkatan2..sekolah lama pn, cantik, menarik..tp, toilet dia dh xcantik..kena jga toilet elok2 la..jgn harap m.cik2 cleaner ja..(aiwah! bg 'lecture free' pulak aku nih!) hm..kt program ni, sy dpt tnda ptama attend program..org g program dpt saguhati, sy? dh xmain daa benda2 tu..kt muka pulak tu!hihi sy xpernah tjangka akan ad parut sebb attend program.. yela..kita kn insan yg lemah.. tp, pengalaman menarik.
4june2009
hntr, teman (dan sewaktu dgnnya) ayah g Pantai Utara Medical Centre.
ayah terCINTA operation hari ni.. sebak, cemas, semua ada la time tgu ayah kt OT.
dlm ht, 'mcm ni la rasanya family tgu sy operation haritu ya.. Alhamdulillah, dlm 1jam ayah keluar..kesian ayah.. byk darah keluar. smpai skrg pn still lg keluar darah.
'ya ALLAH, beriknlah kesihatan yg baik buat ibu dan ayahku'
5june2009
pegi tgk ayah..hari2 yg berlalu membuatkn sy lbh berdikari.
anak2 semua perempuan, xbmaksud xbguna..n anak2 semua lelaki, xsmestinya boleh diharap...
harini jgak, bukak jahitan kt ats bibir ni..xdela sakit sgt pn sbnrny..dh xpelik sgt da muka ni.. doc pesan, parut ni xleh dedah direct kt matahari. nnt, nmpak jelas. so, kena la tutup muka. ;-)
6june2009
-SELAMAT HARI LAHIR KHAIRUNNiSA MAZLAN
-SELAMAT HARI LAHIR SHAHIDATUL ASLAMIAH BAKAR
27june2009
-SELAMAT HARI LAHIR...
>>SITI SYAMIMI A'AZMI
>>MOHD RAZIN AHMAD ZAIDEI
>>ARIFUDDIN DZULKHEFLI
30JUNE2009
hari ni, sy dh 21tahun.. ;-)
TERIMA KASIH ibu, ayah.. i LUV u!
Alhamdulillah..masih dberi kesempatan utk bernafas lg.xde apa yg diharapkn sgt..
'ibu, ayah, family nta smua sihat.. habiskn ACCA..'
'smoga diri ini masih kuat lg utk melangkh dlm pjalanan ini..insya ALLAH'
2july2009
1semester sy tinggalkn uitm..
harini..dgn smangat baru, sy kembali utk bjuang kt uitm.. yah! yah! huhu..
jumpa kwn2..lecturer.. sorang kwn sy ckp psal parut kt ats bibir ni(ngutuk sbnrny..hihi) ' ko ni, nmpak je baju, tudung besar.. tp ganas! aduuai..
itula alkesah...spanjang 'kehilangan' sy..huhu
c@hya kembali!
Ditulis oleh C@hya Imani pada 3.7.09
Kategori: birthday., catatan, dr hati ke hati
Saya Kini Menggunakan Disqus
Bismillah..
Saya kini menggunakan Disqus untuk C@hyaImani. Hal ini untuk memudahkan anda meninggalkan komen di blog saya (walapun xdela banyak pun komen. huhu)
Saya juga ingin meminta maaf untuk sahabat2 yang ada meninggalkan komen kerana komen2 tersebut terpaksa dipadamkan kerana saya set disqus untuk semua entri samada yang baru ataupun lama.
Bagaimana untuk tinggalkan komen? Mudah sahaja.
1. Masukkan nama anda dan e-mail di ruangan yang disediakan. (wajib)
2. Jika anda ada blog atau laman web, masukkan di ruangan 'Website'
3. Masukkan komen di ruangan yang disediakan.
4. Klik 'Submit'
5. Tunggu sehingga komen anda dipaparkan.
6. Selesai! Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen (^_^)
Jikalau ada salah dan silap, harap tunjuk ajar ya. Terima kasih (@_@)
Ditulis oleh C@hya Imani pada 10.6.09
Kategori: pengumuman
bersabar dengan ujian dunia

Setiap manusia pastinya menempuh ujian di dalam kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda. Kita tidak semestinya di atas. Kadangkala kita beroleh kesenangan, kadangkala kita ditimpa kesusahan. Ujian di dalam kehidupan ini sudah pastinya ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman - sejauh manakah kesabaran mereka dan rasa redha mereka terhadap ketentuanNy
Ujian yang dihadapi manusia dikelaskan kepada dua :
PERTAMA - Ujian yang serasi dengan hawa nafsu dan kehendak manusia seperti kekayaan, kepandaian, anak pinak dan sebagainya yang bersifat dunia. Lazimnya manusia perlu besungguh-sungguh sekiranya ingin mendapatkan hal-hal duniawi seperti ini. Ada sesetengah manusia yang lupa daratan apabila telah beroleh nikmatNya dan kemudian mengingkari perintah dan suruhan Allah s.w.t. dengan perasaan bongkak dan sombong sepertimana yang terjadi kepada Qarun pada masa Nabi Musa a.s. Ujian dari Allah s.w.t. boleh datang secara tiba-tiba dan meragut kesemua nikmat tersebut sepertimana yang terjadi kepada Nabi Ayub a.s. Justeru, kesabaran adalah penting untuk sesorang manusia menggunakan nikmat2 tersebut pada jalan yang diredhai demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
KEDUA - Ujian ini tidak berpadanan dengan nafsu manusia seperti bencana alam yang terletak di luar kawalan manusia. Kita pastinya belum lupa akan tragedi tsunami yang mengorbankan jutaan nyawa. Ada di antara manusia yang menyalahkan takdir walaupun hakikatnya kebanyakan bencana alam pada hari ini berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang membinasakan alam demi kepentingan sendiri. Justeru, sebagai hamba yang beriman dan redha dengan ketentuanNya, haruslah sentiasa bersabar dan yakin bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
Dalam menempuh ujian di dunia, kesabaran adalah elemen yang paling penting untuk mengukuhkan iman dan jiwa kita dalam melayari kehidupan di dunia yang sementara ini. Kesenangan yang dinikmati haruslah disyukuri kerana segala-segalanya adalah milik Allah s.w.t. yang Kekal Abadi.
Percayalah. Sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman. InsyaAllah.
Semoga kita sama2 tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sabar. Amin