Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts
Lihat Komen

results

bismillah..
segala puji pd NYA...tuhan pencipta alam..yg memberikan kita nikmat yg tiada bandingan, nikmat IMAN dan ISLAM.. ALhamdulillah.. =)

harini result exam keluar.. tp, sehingga post ditulis...result blom masuk lg dlm inbox. takutnya! hu.. utk kwn2 yg pass, TAHNIAH ya! bg yg fail, ada hikmahnya..n usaha lg. =)

result kedua...

=)

sy memilih 5MAC2010 untuk operation kali kedua.
ketumbuhan sy bertambah 0.8cm wlu pn dgn pengambilan oc. sy dpt lihat perubahan wajah ibu.. ibu sedih.. sy tahu ibu sedih.. ibu seorg yg kuatkan kn. mcm2 ujian ibu tempuh..sy mesti setabah ibu. insya ALLAH..



dlu, laparoscopy..skrg major.

doakan yg terbaik untuk pembaca2 post saya..
insya ALLAH..

Lihat Komen

Amal teruja! =)

bismillah...

salam alayk.. =)

alhamdulillah...sy selamat sampai di rumah tercinta... sorg shbt sy masih dlm flight lg rasany(ketika post ditulis)...menuju ke kota bharu..semoga slmt smpai jijie!

sebak bila jumpa ibu, ayah..isk2.. (xde keja lain betul la sy ni!) hu... k, lupakan cerita2 sedih tu..

balik kali ini, sy menjadi 'mama' kpd sorg budak petah bercakap yg menggamatkan suasana flight ke penang 9am td..huhu maaf ya penumpang2 lain. anak sy ni, teruja. n first time dia berjauhan dgn mama, abg n kakak ny. jd, sy terpaksa melayan anak kecil ini, sebaik yg mungkin. (^_^)

seperti biasa...dgn amal hanisah, sy akan menjadi PUAN C@HYA IMANI... huhuhu

inilah anak kecil yg sgt teruja itu! (^_^)



ini...'pizza jepun' okinomiyaki....sedap! =)

ini kedai yg menjual 'pizza jepun' di plaza masalam, shah alam.

2hari lg, sy akan ke hospital utk next follow up..
moga2 dipermudahkan..
amin..

Lihat Komen

ujian di tangguhkn....

rumah2 batu 'terbakar' di suatu petang..


BISMILLAH..

ALHAMDULILLAH... (^_^)

sy dah habis exam..
hm..penatla. eh? jgn penat! apa ya post kali ni?? ha..2-3hari kebelakangan ni, sy selalu hampir2 accident.. na'uzubillah... Moga selamat segalanya... esok pagi, sy btolak pulang ke jelapang padi... cuti, smpai 12Januari2010.. nk post gmbar2 je la ya..


hero ku selamat berkhatan.. 5 December 2009


3A... Amin, 'Aisyah Auni, Amal Hanisah..


...bird park..


bird lapar ya??

Lihat Komen

Maafkan diri ini...

bismillah... salam alayk..

sudah lama tersangat2la sy xupdate... banyak benda yang menyerabutkan.. maafla..

banyak benda yang tejadi.
.sy listkn jela ya..
1-check up haritu, alhamdulillah...segalanya ok.
2-pakcik man masuk hospital. (segalanya selamat..insya ALLAH)
3-sy dh tukar status (maafla sahabat2 yg agak kecewa dgn sy sebb xbgtau..parents yg berbincang.. segalanya insya ALLAH di buat nanti.. doakan mudahny jodoh kami, bkekalan smpai syurga..)
4-nodie, ariffudin, teacher linie berangkat ke tanah suci...(seronokny! izinkanlah sy juga dpt jejakkn kaki di tanah suciMU, ya rabbul 'izzah.. ya ALLAH, mudahkanlah mereka..mudah2an tercapai hajat mereka..)

==setakat tu ja rasanya..


sekarang ni, dh dekat2 dgn final..huu
2paper untuk sem ni..

F4- Law>>>8 December 2009
F5-Performance Management>>>>14December2009


ya ALLAH, mudahkanlah sahabat2 dan saya...

sy ada jumpa sesuatu yg menarik untuk dikongsikan... (^_^)

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :
ALLAH telah berfirman :

" Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya :

Ya Tuhanku!
Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?

Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang

bertakwa hatinya,
suci kedua-dua belah tangannya,
tidak menyusahkan orang lain dan
tidak membuat fitnah ke sana ke mari,


gunung-ganang akan berubah namun
dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta
menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.

Berfirman Tuhan:

Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu,
segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALLAH akan menetapkan kedua-dua tapak
kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."

( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )

Huraiannya:
Orang yang dikasihi ALLAH SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran.

insya ALLAH..amin..

Lihat Komen

c@hya kembali!

bismillah..
maafla..lama xupdate. sdikit sibuk..ini spatutny di'post' 2jun lalu..tp, kita merancang saja kn..:-) okay, sy letakkn tarikh2 je la ya..

29may-1june 2009
sy berada d kem tunas muda kt smka baling. kem yg bagus untuk adik2 tingkatan2..sekolah lama pn, cantik, menarik..tp, toilet dia dh xcantik..kena jga toilet elok2 la..jgn harap m.cik2 cleaner ja..(aiwah! bg 'lecture free' pulak aku nih!) hm..kt program ni, sy dpt tnda ptama attend program..org g program dpt saguhati, sy? dh xmain daa benda2 tu..kt muka pulak tu!hihi sy xpernah tjangka akan ad parut sebb attend program.. yela..kita kn insan yg lemah.. tp, pengalaman menarik.

4june2009
hntr, teman (dan sewaktu dgnnya) ayah g Pantai Utara Medical Centre.
ayah terCINTA operation hari ni.. sebak, cemas, semua ada la time tgu ayah kt OT.
dlm ht, 'mcm ni la rasanya family tgu sy operation haritu ya.. Alhamdulillah, dlm 1jam ayah keluar..kesian ayah.. byk darah keluar. smpai skrg pn still lg keluar darah.
'ya ALLAH, beriknlah kesihatan yg baik buat ibu dan ayahku'

5june2009
pegi tgk ayah..hari2 yg berlalu membuatkn sy lbh berdikari.
anak2 semua perempuan, xbmaksud xbguna..n anak2 semua lelaki, xsmestinya boleh diharap...
harini jgak, bukak jahitan kt ats bibir ni..xdela sakit sgt pn sbnrny..dh xpelik sgt da muka ni.. doc pesan, parut ni xleh dedah direct kt matahari. nnt, nmpak jelas. so, kena la tutup muka. ;-)

6june2009
-SELAMAT HARI LAHIR KHAIRUNNiSA MAZLAN
-SELAMAT HARI LAHIR SHAHIDATUL ASLAMIAH BAKAR

27june2009
-SELAMAT HARI LAHIR...
>>SITI SYAMIMI A'AZMI
>>MOHD RAZIN AHMAD ZAIDEI
>>ARIFUDDIN DZULKHEFLI

30JUNE2009
hari ni, sy dh 21tahun.. ;-)
TERIMA KASIH ibu, ayah.. i LUV u!
Alhamdulillah..masih dberi kesempatan utk bernafas lg.xde apa yg diharapkn sgt..
'ibu, ayah, family nta smua sihat.. habiskn ACCA..'
'smoga diri ini masih kuat lg utk melangkh dlm pjalanan ini..insya ALLAH'

2july2009
1semester sy tinggalkn uitm..
harini..dgn smangat baru, sy kembali utk bjuang kt uitm.. yah! yah! huhu..
jumpa kwn2..lecturer.. sorang kwn sy ckp psal parut kt ats bibir ni(ngutuk sbnrny..hihi) ' ko ni, nmpak je baju, tudung besar.. tp ganas! aduuai..

itula alkesah...spanjang 'kehilangan' sy..huhu

Lihat Komen

selamat hari lahir ummu maryam.

bismillah..
semoga segalanya sihat..ameen. =>

29april ja, mesti ingat birthday ummu maryam..
apakan daya, org di kejauhan.. nk contact pn susah..

SELAMAT HARI LAHIR.. ^_^

#maafla ummu maryam..ni kek anak buah ak.

semoga sentiasa dlm keredhaan ALLAH...berbahagia selalu..serta dimurahkn rezeki.. rindunya kat ummu maryam..lambat lg baru balik malaysia..4tahun lg ya? bolehla maryam jd flower girl makcik nnt..hehe

Lihat Komen

hidup terlalu singkat untuk membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh2mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda.
Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri.
Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hakMU..

Lihat Komen

ovarian cyst

salam alaik..

Alhamdulillah..segala puji dan syukur padaNYA..sy masih lagi berdiri. sy terpanggil utk berkongsi pengalaman yg xpenah sy impikan langsung.

16/2/2009..
Di saat kwn2 happy cuti midsem n takut tgk result sem lps, sy dan parents ke pantai utara mc utk check up. Thanks to Dr Kevin Lo. Ultra sound dbuat..
'ouh..she got a large cyst' must operate tomorrow!
ya ALLAH..
sy sgt2 tkejut!..suara ibu cemas+sebak..ayah tdiam. Dr suruh 'puasa' start 12mlm. smua kakak, teman rapat dhubungi..

17/2/2009
setelah melalui plbagai proses, ujian dan dugaan..tepat pkul5ptg, ke OT. Alhamdulillah, kembali ke wad pkul 10.30mlm. bila sedar ja, terasa sakitny..ya ALLAH..
mlm tu mmg xboleh tido..terasa lemah sgt.
'hm..bykny pipe kt badan..' emosi xmenentu..
sy termotivasi dgn ketabahan, kasih sayang ibu..i luv u, ibu.

##terima kasih buat kakitangan pantai utara mc, HSAH...Dr Kevin Lo, Dr .....(tlupa la nama doc tu..)maaf.

....

Lihat Komen

Selamat Datang : Ahlan wa Sahlan

Bismillah.. akhirnya selesai juga modify cahyaimani ni.. Alhamdulillah..

Selamat datang saya ucapkan ke C@hyaImani.blogspot.com =)

semoga blog ini dapat menjadi tatapan pembaca untuk menjadi renungan dalam memperbaiki diri dan amalan, kini dan masa depan.

terima kasih kerana sudi berkunjung. wassalam dan jumpa lagi =)