endometriosis

bismillah...

salam alayk..

sudah lama ya xmenulis di sini.. sy nk bkongsi mengenai cysts kt sini.. klu dlu, treatment slps operation, zoladex.. skrg ni, lupron.

Gonadotropin-releasing hormone analogs (GnRH analogs)

Gonadotropin-releasing hormone analogs (GnRH analogs) have been effectively used to relieve pain and reduce the size of endometriosis implants. These drugs suppress estrogen production by the ovaries by inhibiting the secretion of regulatory hormones from the pituitary gland. As a result, menstrual periods stop, mimicking menopause. Nasal and injection forms of GnRH agonists are available.

The side effects are a result of the lack of estrogen, and include:

Fortunately, by adding back small amounts of estrogen and progesterone in pill form (similar to treatments sometimes used for symptom relief in menopause) many of the annoying side effects due to estrogen deficiency can be avoided. "Add back therapy" is the term that refers to this modern way of administering GnRH agonists along with estrogen and progesterone in a way to keep the treatment successful, but avoid most of the unwanted side effects.

Oral contraceptive pills

Oral contraceptive pills (estrogen and progesterone in combination) are also sometimes used to treat endometriosis. The most common combination used is in the form of the oral contraceptive pill (OCP). Sometimes women who have severe menstrual pain are asked to take the OCP continuously, meaning skipping the placebo (sugar pill) portion of the cycle. Continuous use in this manner will free a woman of having any menstrual periods at all. Occasionally, weight gain, breast tenderness, nausea, and irregular bleeding are mild side effects. Oral contraceptive pills are usually well-tolerated in women with endometriosis.

Progestins

Progestins [for example, medroxyprogesterone acetate (Provera, Cycrin, Amen), norethindrone acetate, norgestrel acetate (Ovrette)] are more potent than birth control pills and are recommended for women who do not obtain pain relief from or cannot take a birth control pill.

Side effects are more common and include:

Since the absence of menstruation (amenorrhea) induced by high doses of progestins can last many months after cessation of therapy, these drugs are not recommended for women planning pregnancy.

sedikit mengenai cysts..

Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakitpuan yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.

Sebab-Sebab

Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak je las. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ?retrograde menstruation? atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.

Gejala / Tanda

Keadaan-keadaan berikut akan dialami oleh wanita yang menghidap endometriosis;

  1. Haid yang banyak dan tidak teratur
  2. Senggugut (sakit semasa haid)
  3. Sakit semasa hubungan seks
  4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
  5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil

Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis. Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.

Sewaktu haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid. Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.

Diagnosa

Ketumbuhan endometriosis ini biasanya dapat dikesan selepas doktor mengambil sejarah perubatan dan pemeriksaan lanjut pada bahagian pelvis dengan teliti. Ia boleh didiagnosis dengan tepat melalui pembedahan laparoskopi (key hole surgery) di mana satu peralatan khas digunakan untuk mengesan tisu tersebut dalam pelvis.

Rawatan

Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk;

  1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
  2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar
  3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
  4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya

Rawatan bagi endometriosis dalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol. Pilihan rawatan perubatan yang terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan bagi mengawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan 'menopause-induced'. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.

Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan. Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan. Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.

Komplikasi

Kesan sampingan daripada rawatan ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa ('hot flushes'), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan. Namun harus diingatkan dan dijelaskan di sini bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil.

+++moga2 segalanya selamat.. amin.

Sistem Komen oleh Disqus