Lihat Komen

Saya Kini Menggunakan Disqus


Bismillah..

Saya kini menggunakan Disqus untuk C@hyaImani. Hal ini untuk memudahkan anda meninggalkan komen di blog saya (walapun xdela banyak pun komen. huhu)

Saya juga ingin meminta maaf untuk sahabat2 yang ada meninggalkan komen kerana komen2 tersebut terpaksa dipadamkan kerana saya set disqus untuk semua entri samada yang baru ataupun lama.

Bagaimana untuk tinggalkan komen? Mudah sahaja.

1. Masukkan nama anda dan e-mail di ruangan yang disediakan. (wajib)
2. Jika anda ada blog atau laman web, masukkan di ruangan 'Website'
3. Masukkan komen di ruangan yang disediakan.
4. Klik 'Submit'
5. Tunggu sehingga komen anda dipaparkan.
6. Selesai! Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen (^_^)

Jikalau ada salah dan silap, harap tunjuk ajar ya. Terima kasih (@_@)

Lihat Komen

bersabar dengan ujian dunia


Setiap manusia pastinya menempuh ujian di dalam kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda. Kita tidak semestinya di atas. Kadangkala kita beroleh kesenangan, kadangkala kita ditimpa kesusahan. Ujian di dalam kehidupan ini sudah pastinya ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman - sejauh manakah kesabaran mereka dan rasa redha mereka terhadap ketentuanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali 'Imran ayat 200 maksudnya :

"Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung"

Ujian yang dihadapi manusia dikelaskan kepada dua :

PERTAMA - Ujian yang serasi dengan hawa nafsu dan kehendak manusia seperti kekayaan, kepandaian, anak pinak dan sebagainya yang bersifat dunia. Lazimnya manusia perlu besungguh-sungguh sekiranya ingin mendapatkan hal-hal duniawi seperti ini. Ada sesetengah manusia yang lupa daratan apabila telah beroleh nikmatNya dan kemudian mengingkari perintah dan suruhan Allah s.w.t. dengan perasaan bongkak dan sombong sepertimana yang terjadi kepada Qarun pada masa Nabi Musa a.s. Ujian dari Allah s.w.t. boleh datang secara tiba-tiba dan meragut kesemua nikmat tersebut sepertimana yang terjadi kepada Nabi Ayub a.s. Justeru, kesabaran adalah penting untuk sesorang manusia menggunakan nikmat2 tersebut pada jalan yang diredhai demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

KEDUA - Ujian ini tidak berpadanan dengan nafsu manusia seperti bencana alam yang terletak di luar kawalan manusia. Kita pastinya belum lupa akan tragedi tsunami yang mengorbankan jutaan nyawa. Ada di antara manusia yang menyalahkan takdir walaupun hakikatnya kebanyakan bencana alam pada hari ini berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang membinasakan alam demi kepentingan sendiri. Justeru, sebagai hamba yang beriman dan redha dengan ketentuanNya, haruslah sentiasa bersabar dan yakin bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam menempuh ujian di dunia, kesabaran adalah elemen yang paling penting untuk mengukuhkan iman dan jiwa kita dalam melayari kehidupan di dunia yang sementara ini. Kesenangan yang dinikmati haruslah disyukuri kerana segala-segalanya adalah milik Allah s.w.t. yang Kekal Abadi.

Percayalah. Sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman. InsyaAllah.

Semoga kita sama2 tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sabar. Amin